Matrix Concepts salur RM2 juta bayar gaji kakitangan Pusat Hemodialisis Mawar


SEREMBAN – Sebanyak RM2 juta disalurkan oleh pemaju hartanah di negeri ini, Matrix Concepts Holding Berhad (MCHB) bagi membayar gaji kakitangan Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) yang tertunggak sejak empat bulan lalu.

Lee TIAN HOCK (empat dari kiri) dan Bendahari Pusat Perubatan NSCMH, Datuk Tan Suan Ching (empat dari kanan) menyampaikan cek pembayaran gaji dan pendahuluan hutang kepada Pengerusi Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) dan Perubatan Hospital Mawar, Chua Lay Ping (tengah) dalam sidang akhbar Pusat Hemodialisis Mawar di Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.Gambar: Azrul Edham Mohd AminuddinPemberita: Nazarudin Shahari


Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MCHB, Datuk Lee Tian Hock berkata, seramai 256 kakitangan PHM tidak dibayar gaji sejak Februari lalu selepas lesen operasi Pusat Perubatan Mawar (MMC) ditarik dan disita oleh Kementerian Kesihatan pada 14 Februari lalu.

Katanya, dua minggu sebelum hari raya baru-baru ini, beliau didatangi oleh beberapa pihak yang meminta­nya membantu pekerja PHM terutama­nya dalam masalah pembayaran gaji.
"Saya jangka pada Khamis ini, semua pekerja akan dapat gaji mereka manakala gaji bulan Jun akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing pada penghujung bulan nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.
"Atas dasar kemanusiaan, saya bersetuju membantu PHM dengan memberi pinjaman sebanyak RM1.8 juta untuk membayar gaji pekerja, manakala RM400,000 disalurkan oleh Pusat Perubatan NSCMH kepada 11 cawangan PHM yang kini beroperasi di bawah NSCMH.
Yang turut hadir, Pengerusi MMC, Chua Lay Ping.
Menurutnya, syarikat tersebut kini sedang menunggu proses untuk mendapatkan lesen pengoperasian semula sebelum kembali menjalankan rawatan hemodialisis kepada masyarakat di negeri ini. - Utusan Online (Wilayah)
Dalam perkembangan ber­kaitan, Tian Hock membe­ritahu, pihaknya telah memperolehi saham sebanyak 51 peratus dalam syarikat Sendi Hartamas Sdn. Bhd. (SHSB) yang akan mengendalikan operasi MMC pada 14 Jun lalu.

Comments