Nama tercicir kerana baru berpindah

SEREMBAN - Kebanyakan kes golongan kurang mampu tercicir atau lewat menerima bantuan adalah kerana mereka berpindah ke kawasan berkenaan dan tidak tahu pihak mana hendak dirujuk.

Adun Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid berkata, keadaan itu menyebabkan pemimpin setempat terlepas pandang dalam menyenaraikan nama mereka untuk menerima sumbangan, sehingga menimbulkan isu.
“Maklumat keluarga berkenaan tiada dalam senarai simpanan pusat khidmat, menyebabkan kes sebegitu timbul.
“Di Dun Paroi juga tidak terkecuali. Berdasarkan rekod, sebanyak 10 keluarga yang lewat  menerima bantuan kerana mereka baru berpindah ke kawasan ini.
“Kita juga dapati ada segelintir mereka yang tidak tahu pihak mana yang perlu dirujuk untuk mendapatkan bantuan.
“Bagaimanapun, hasil kerjasama pemimpin akar umbi setempat berjaya mengesan keluarga terbabit dan seterusnya mereka turut dirujuk kepada Baitulmal," katanya ketika ditemui selepas mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di hadapan Balai Polis Senawang, di sini, kelmarin.
Pada program itu, sebanyak 800 bungkusan bubur lambuk dimasak menggunakan dua periuk menerusi kerjasama ahli kariah Taman Satria Senawang dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan (MKNNS), sebelum diedarkan kepada orang ramao.

Hadir sama, Ketua Balai Polis Senawang Asisten Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Sinar Online

Comments