Skip to main content

Tradisi sagu hati diteruskan di Johol

KUALA PILAH  – Walaupun sudah diamalkan sejak 100 tahun lalu, tradisi memberi sagu hati kepada datuk-datuk adat dan ibu soko menjelang Hari Raya Aidilfitri masih diteruskan di Luak Johol.

Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah berkata, amalan tersebut melambangkan semangat kekitaan dan kerjasama yang wujud antara pemimpin dengan datuk-datuk adat.
Menurut beliau, tradisi pemberian wang adat itu turut dilaksanakan di Istana Seri Menanti, Balai Undang Sungai Ujong, Balai Undang Rembau serta Balai Tunku Besar Tampin.
“Dalam program ini, rakyat serta pemimpin setempat turut diundang berbuka puasa. Jemputan ini adalah terbuka kepada semua pihak dan tidak memerlukan kad undangan.
“Ini melambangkan rakyat bebas bertemu dengan pemimpin mereka sambil berbuka puasa bersama,” katanya ketika ditemui selepas program berbuka puasa di Balai Undang Johol di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Abu Samah Mahat. Seramai 60 datuk adat dan 30 ibu soko yang mempunyai peranan penting dalam sistem adat Perpatih menerima saguhati daripada Muhammed. - Utusan Online


Comments