Skip to main content

Ibarat hiasan di tepi jalan, tanpa selenggara

JEMPOL - Kurang digunakan sehingga terbiar tanpa penyelenggaraan.

Begitulah gambaran tentang nasib kemudahan telefon awam di sekitar Pekan Bahau dekat sini yang semakin terpinggir di­sebabkan kemajuan dan penggunaan telefon bimbit pada masa kini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan pondok telefon awam tidak lagi berfungsi dan umpama ‘hiasan’ semata-mata selain menjadi tempat menampal iklan haram dan sasaran golongan vandalisme.
Kebanyakan gagang telefon sudah tercabut manakala rua-ngan dalam pondok telefon diconteng. Malah ada pondok telefon yang dicemari sampah sarap yang kelihatan sudah lama di­tinggalkan.
Advertisement
Menurut seorang penduduk, Shafiq Mohammad, 29, telefon awam semakin hilang peranannya kerana hampir kesemua orang sudah memiliki telefon bimbit berikutan harganya yang mampu milik.
“Kebanyakan pondok te­lefon terbiar tanpa selenggara. Kalau ada pun yang baharu hanyalah di kawasan-kawasan tertentu.
“Daripada 10 buah pondok te­lefon awam hanya ada satu yang berfungsi, selebihnya sudah rosak dan gagangnya juga sudah tiada,” katanya.
Menurutnya, penggunaan te­lefon awam hanya relevan di kawasan pendalaman yang langsung tiada liputan rangkaian te­lekomunikasi.
“Biasanya telefon awam di­perlukan ketika ada kecemasan sahaja, selain itu tidak ramai yang memanfaatkannya,” ujar­nya.
Kesimpulannya, walaupun te­­­lefon awam semakin kurang digunakan, ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk membiarkan kemudahan itu terbiar begitu sahaja.
Pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan cara terbaik untuk memastikan kemudahan itu terus berfungsi dan tidak lagi menjadi landskap yang menya­kitkan mata orang ramai.
Sudah tentu peranan ma­syarakat di kawasan ini juga ditagih bagi mengelak daripada dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.




Comments