Skip to main content

RM16j pemasangan lampu jalan

SEREMBAN - Kerajaan negeri mem­belanjakan kira-kira RM16 juta bagi pemasangan lampu jalan menerusi fasa pertama Dasar Pencahayaan Negeri Sembilan dalam tempoh lima tahun lalu.
Ilustrasi : Negeri Sembilan Online
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar itu memberi banyak keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya dan orang ramai pada waktu malam.
Jelasnya, dalam fasa pertama tersebut, pemasangan lampu dilakukan di kawasan yang jalannya telah sedia ada tiang lampu.
“Kalau dulu di Bukit Tangga, Jelebu jalan sunyi sepi dan jarang dilalui pada waktu malam tetapi dengan kemudahan lampu jalan sampai ke Kuala Klawang, kita dapati ramai orang gunakan jalan itu pada waktu tersebut.
Advertisement
“Begitu juga di Jalan Bukit Putus, pengguna berasa lebih selesa dan selamat kerana jalan sudah terang,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Projek Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Seremban-Rembau di sini .
Sebanyak 63 lampu jalan dipasang di laluan sejauh 2.6 kilometer yang merupakan laluan utama namun tidak mempunyai lampu jalan sejak dibina oleh British hampir 60 tahun lalu.
Pemasangan lampu tersebut menelan kos kira-kira RM500,000 yang merupakan fasa kedua Dasar Pencahayaan Negeri Sembilan.
Menurut Mohamad, kerajaan negeri kini memasuki fasa kedua pemasangan lampu di seluruh negeri yang dijangka memerlukan peruntukan lebih besar daripada fasa pertama.
“Ini kerana fasa kedua melibatkan laluan yang tidak mempunyai tiang lampu dan kabel elektrik.
“Kita akan buat berperingkat-peringkat mengikut keutamaan jalan Persekutuan yang banyak digunakan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan ne-geri juga akan memperkenalkan dasar bagi mewajibkan semua jalan baharu yang dibina di ne-geri ini dipasang lampu jalan bagi kemudahan orang ramai.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih dan menyelenggara semua jalan di kawasan Felda yang telah diberi hak milik tanah.
“Pada masa ini terdapat keluhan bahawa jalan di Felda rosak, pecah dan berlubang tetapi ramai yang tidak tahu ia adalah jalan Persekutuan.
“Bagaimanapun, satu persefa­haman telah di­­­capai dalam Me­syuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini dan telah diluluskan supaya jalan-jalan di kawasan sedemikian diambil alih dan diurus oleh kerajaan negeri,” kata­nya. - Utusan Online




Comments