SEREMBAN - Mufti di negeri ini sudah lama bertaraf exco.
Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai cadangan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khair Baharom, yang bercadang supaya mufti-mufti diberikan taraf Exco
diperingkat negeri masing-masing.
Menurut Mohamad, di Negeri Sembilan jawatan mufti telah
disama tarafkan dengan barisan exco kerajaan negeri sejak 2006 sebaik sahaja
beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
“Sebab itulah kita panggil Yang Berhormat Datuk Mufti
kerana beliau juga merupakan salah seorang yang berstatus exco.
“Segala kemudahan dan keperluanya (Mufti) adalah selaras
dengan barisan exco kita, cuma beliau tidak dijadikan ahli tetap dalam Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana itu bukan satu keperluan.
“Dalam mesyuarat exco ini kita membincangkan isu-isu
pentadbiran sahaja, hal ehwal agama tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri kerana itu semua akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama AJK
Mains (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan),” katanya selepas mempengerusikan
mesyuarat exco di Wisma Negeri petang tadi.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom, bercadang untuk menaikkan taraf mufti di seluruh negara
sebagai Exco di negeri masing-masing bagi memberikan pandangan dalam mesyuarat
Exco kerajaan negeri kelak.
“Kerajaan mencadangkan supaya mufti-mufti diberikan taraf
Exco diperingkat negeri masing-masing kerana menerusi pandangan mereka ini di
dalam mesyuarat Exco boleh disalurkan kepada kerajaan.
“Kita ada tujuh kluster dalam memperindahkan kerajaan. Di
peringkat (Majis Perundingan Islam – MPI) pelbagai pihak tanpa mengambil kira
landasan politik, mereka boleh beri pandangan, kerajaan terima semua
pandangan,” katanya – Sinar Online

Comments
Post a Comment