Keunikan seni tombak, lembing

JELEBU - Kira-kita 200 ahli Persa-tuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menghadiri Majlis Perkhataman Tombak dan Lembing di kawasan air terjun Jeram Toi di sini.
Upacara tersebut amat istimewa kerana jarang dilakukan dengan kali terakhir kira-kira 10 tahun lalu.
Uniknya, bagi PSSGM kaedah perkhataman seumpama itu mestilah dijalankan di kawasan air terjun sekali gus dapat menggambarkan keistimewaan seni persilatan Melayu kepada umum.

Setiausaha PSSGM, Dr. Rosman Ismail berkata, seramai 35 jurulatih silat berjaya menamatkan kursus tombak dan lembing yang diadakan kali ini.
Katanya, tujuan utama majlis itu adalah untuk mengembalikan kesinambungan permainan senjata tradisional lembing atau tombak dalam kalangan seni silat Melayu.
 “Sepanjang kursus berlangsung, mereka perlu menghabiskan modul yang dijalankan antaranya asas pergerakan, senaman lembing, asas mengelak serangan menggunakan lembing, tempur lembing berpasangan dan petua guru tua.
 “Program yang diadakan selama empat hari adalah untuk memastikan ilmu seni itu tidak terkubur dek arus zaman,” kata­nya di sini.
Upacara perasmian perkhataman disempurnakan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Dr. Rais Yatim.
Yang turut hadir waris mutlak PSSGM, Datuk Siti Fadzillah Datuk Meor Abd. Rahman; Yang Dipertua (YDP) PSSGM, Datuk Hanif Koslan dan YDP PSSGM ne-geri, Datuk Ishak Hassan.
Sementara itu, Rais ketika ditemui berkata, seni silat bukan sahaja dapat menjadi benteng dalam mempertahankan diri te­tapi juga membentuk sahsiah dan jati diri mereka yang mempelajarinya.
Beliau menyifatkan upacara tersebut sebagai istimewa dan berharap persatuan serta pertubuhan silat supaya mempromosi seni tersebut kepada masyarakat.

“Jangan salahkan generasi muda kalau mereka menyertai seni pertahanan diri selain daripada silat. Mungkin mereka ada persepsi bahawa silat kurang dipromosikan,” katanya. - Utusan Online

Comments