Kenangan Dua Abdul Rahman Dalam Sejarah Kemerdekaan
Malaysia
Tanggal 31 Ogos 1957 menyaksikan persitiwa besar berlaku kepada tanah air kita. Kemerdekaan dicapai setelah beratus tahun dijajah. Akhirnya negara kita bergelar sebuah negara merdeka dan mempunyai kerajaan sendiri. Sejurus sahaja laungan MERDEKA!! dilaungkan di Stadium Merdeka, maka bermulalah kerja seluruh rakyat untuk membangunkan sebuah negara baru.
Gambar kiri ialah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum
Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Pertama, Gambar kanan ialah
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah II,
Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Negara kita cukup bertuah apabila seorang putera raja
bersungguh-sungguh mengeluarkan negara kita dari kepompong penjajah dan membawa
tanah air menuju jalan kemerdekaan. Negara kita yang diberi nama Persekutuan
Tanah Melayu mengambil corak pentadbiran Raja Berpelembagaan. Ketua Negara
bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong manakala Ketua Kerajaan
bergelar Ketua Menteri Persekutuan.
Sejarah tercipta apabila kedua-dua Ketua Negara dan Ketua
Kerajaan mempunyai nama yang sama dan kedua-duanya berdarah Raja. Ketua Negara
yang dipilih merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Manakala Ketua
Kerajaan merupakan putera DiRaja Kedah yang bernama Yang Teramat Mulia Tunku
Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Dua Abdul
Rahman ini menghiasi pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
Keakraban Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman
Banyak sejarah awal negara kita terbentuk semasa dua
Abdul Rahman ini menduduki pentadbiran tertinggi negara. Hubungan baik yang
ditunjukkan dua Abdul Rahman ini memungkinkan kelicinan pentadbiran negara
kita. Kabinet pertama dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman dengan anggotanya terdiri
daripada pelbagai kaum di dalam Persekutuan dan mendapat perkenan Tuanku Abdul
Rahman. Sidang Parlimen pertama dirasmikan oleh Tuanku Abdul Rahman selaku
Ketua Negara .
Tuanku Abdul Rahman menyaksikan Tunku Abdul Rahman
melaungkan pengisytiharan kemerdekaan.
Tuanku Abdul Rahman mangkat semasa masih bergelar Yang
Di-Pertuan Agong pada 1 April 1960 ketika berusia 65 tahun dan dimakamkan di
Makam DiRaja Seri Menanti. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Persekutuan
yang seterusnya bertukar kepada Perdana Menteri sehingga tahun 1970. Tunku
Abdul Rahman mangkat pada tahun 1990 ketika berusia 87 tahun dan dimakamkan di
Makam DiRaja Langgar, Kedah.
Bersama Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Tanah
Melayu Sir Donald MacGillivray
Sumber – http://www.orangnogori.com/kenangan-dua-abdul-rahman-dalam-sejarah-kemerdekaan-malaysia.html





Comments
Post a Comment