Tertunai Hajat Adik Nurul Bertemu Tok Mat

Kuala Pilah, 16 April - Hajat adik Siti Nurul Hidayah Mohd Sofi (Nurul), 20 untuk bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan tertunai apabila video berdurasi 3:21 minit yang di kongsikan oleh pemilik akaun facebook Faridah Latif di Kuala Pilah Group menjadi viral dan dikongsikan sebanyak 217 pengguna facebook, sejak pagi tadi sehingga petang.



Menteri Besar yang juga mesra dengan panggilan 'Tok Mat', meluangkan masa seketika bertemu Nurul sejurus habis program beliau di Jempol, hari ini.

Adik Nurul, kelihatan teruja dan gembira menerima kunjungan 'Tok Mat', yang berkesempatan hadir dan dimaklumkan oleh ibunya, Puan Dayang Lohani bahawa ini merupakan ziarah 'Tok Mat' kali kedua, selepas lapan tahun berlalu.

Selain itu, beliau memaklumkan, Nurul amat mengenali 'Tok Mat' melalui siaran berita televisyen yang berada di dalam biliknya.

Menurut Ketua Jururawat Wad 2, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, Sister Norashikin Sahad, Adik Nurul mula di rawat di hospital ini sejak tahun 2005, akibat jatuh di dalam bilik air sehingga menyebabkan kerosakan tulang belakang seterusnya lumpuh. 

Adik Nurul juga pernah di rujuk dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama lapan bulan, kemudiannya di bawa kembali ke HTAN sehingga kini.

Ini bermakna adik Nurul telah menghuni HTAN, Kuala Pilah sejak 13 tahun yang lalu.

Beliau merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik dan seorang darinya telah meninggal dunia. Malahan ayahnya juga telah meninggal dunia pada tahun 2016. Ibunya, Puan Dayang Lohani merupakan suri rumah tangga.



#teamtokmat #terimakasihtokmat












Comments