Datuk Jenang - Orang Besar Undang Luak Johol.

Amanah, Tugas dan Tanggungjawab yang terletak di bahu Yang Mulia Penyandang Pusaka Datuk Jenang, Orang Besar Undang Luak Johol amat besar dan amat penting dalam Pentadbiran dan Pengurusan Adat yang diadatkan serta adat istiadat di Tanah Beradat Luak Johol.

Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Orang Besar Istana diketuai oleh Datuk Bendahara.
Bagitulah halnya dengan Tanah Beradat Luak Johol. Orang Besar Undang Luak Johol tidak dipanggil Bendahara, ianya disandang oleh Datuk Jenang. Jika ditafsirkan kepada jawatan itu hari ini, Datuk Jenang itu ialah Menteri Besar kepada Undang di Luak Johol. Tidak seperti Melaka, ianya kekal ke hari ini.
Jawatan Datuk Jenang ini, jawatan pusaka adat. Hanya Suku Biduanda Jenang yang mengikut nasab ibu sahaja yang layak mempusakai Jawatan Datuk Jenang.
Mengikut salasilahnya, Suku Jenang ialah keturunan yang paling dekat dengan Kaum Asal di Johol. Kaitan pertalian darah persaudaraan Kaum Asal dengan Suku Jenang ibarat isi dengan kuku atau ibarat peha kanan dengan peha kiri.
Salah satu tugas dan tanggungjawab utama Datuk Jenang ialah menjadi perantara antara " orang luar" yang terdiri dari beberapa cabang Suku-Suku Biduanda di Luak Johol dengan " orang dalam" iaitu Kaum Asal.
Pada hakikatnya Datuk Jenanglah yang menjadi perantara/ perunding/ penyampai kabar/ utusan; antara " orang luar" dengan " orang dalam". Tegasnya antara Yang Teramat Mulia Datuk Undang dengan Yang Mulia Datuk Batin. Kerana sejak Kemenjadian Undang di Luak Johol telah dipersetujui bahawa " kek luar Undang yang punyo, kek dalam Batin yang punyo". Maka sewajarnyalah dalam upacara rasmi YTM Undang Johol, jika sekiranya Datuk Batin hadir sama, tepat duduk Datuk Batin itu yang paling hampir dengan YTM Datuk Undang Johol.
Jelasnya kedudukan Datuk Batin dalam Tanah Beradat Johol, lebeh tinggi kedudukannya dari Datuk Jenang dan Datuk-Datuk Adat yang lain.
Itulah sebabnya dalam Kemenjadian Undang Johol samada Penyandang Pusaka Undang di dapati "CACAT" atau Kembalinnya Ke Rahmatullah, setelah mendapat kemaufakatan Buapak Yang Enam, perlu di sembah maklom kepada Datuk Batin.

Dalam Hal Kembalinyan Ke Rahmatullah Undang Johol.
Pengistiharan Undang Luak Yang Baru, diistiharkan oleh Datuk Jenang di atas kubur ketika mengkebumikan Undang yang mangkat "Undang Mati, Undang Menanam".
Adainya belum bulat maufakatnya, sebagai contoh Datuk Baginda sebagai peyandang menunggu yang sepatutnya diistiharkan sebagai Undang didapati "CACAT" dari segi adat dan cacat anggota, atau waktu itu belum terlantik Datuk Baginda, oleh kerana pengkebumian wajib dilakukan, maka Datuk Jenang atas kemaufakatan, mengistiharkan belum dapat pengganti penyandang Pusaka Undang. Dan Datuk Jenang akan mengistiharkan dirinya sebagai Pemangku Undang selama tempoh Sembilan Bulan, Sepuluh Hari Sahaja.

Dalam hal Datuk Jenang ini.

Kok YTM Datuk Undang, lotak ehh podang pomancung.
Kek YM Datuk Jonanglah, batu polandeh ehh.

batu bukan sobarang batu.
tak sumpek dek takik
tak lokok dek air
tak bodorai dek paneh
tak mongocot dek sojok.

bojomo kek paneh, pitam deh tidak
kok boghondam deh di tujuh kualo, cam tu yoo sonyom ehh
bojago tujuh hari tujuh malam, sodocit tak tido, monguap deh tidak.
usahkan domam, angka pun deh tidak.

kok bolari, dikumam ehh lolah ehh
tak dicicir ann nyo botoghabur di jalan doh.

kok mondaki, dihujo solangkah, kotigo sampai.
bilo deh sampai
mombongkok deh , mongulur tangan, monarik anak buah sampai samo.

tampan ehh tidak, kacak ehh ado
pombongih ehh tidak, pongoring ehh ado.

maaf jua sei pinto
kok tokoca di lopak orang.
catatan ini bukan untuk disangkut tinggi
sokadar buek bughak di kodai kupi.

Abu Samah Mahat.
Suku Biduando Rajo Balang
Luak Joho.
lopak ehh lain lain, jonjang ehh samo.
19.08.19.

NSO petik dari ruangan facebook YBhg. Dato’ Abu Samah Mahat
Semoga memberi manfaat di dalam carian bagi mereka yang mengkaji adat kami di Negeri Sembilan.

Comments