SEREMBAN - Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) berharap kerajaan akan memberi pertimbangan segera terhadap permohonan mendapatkan lesen bagi menjalankan semula operasi hospital Pusat Perubatan Mawar (MMC) di Jalan Rasah dekat sini yang telah dibatalkan lesen pada 12 Januari lalu.
“Hari ini kita mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dengan empat agenda termasuk memilih ahli majlis PHM yang baharu.Pengerusi PHM, Datuk Lee Tian Hock berkata, bayaran sebanyak RM100,000 bagi pajakan tanah selama setahun sudah dilunaskan baru-baru ini yang merupakan antara syarat bagi memohon lesen tersebut.“Keputusan EGM ini akan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini juga bagi mengukuhkan permohonan lesen berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas EGM tersebut di sini hari ini.Tian Hock menarik perhatian, pihaknya kini bersedia menerima lawatan pasukan daripada Kementerian Kesihatan bagi memeriksa persiapan hospital itu pada bila-bila masa.Seramai 83 daripada 250 ahli PHM hadir dalam mesyuarat berkenaan.Dalam EGM itu, Tian Hock yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holding Berhad (MCHB) telah dipilih sebagai pengerusi PHM yang baharu menggantikan Datin Chua Lay Ping.“Hospital ini yang mempunyai kemudahan 89 katil berada dalam keadaan terbaik dengan kemudahan dan pasukan perubatan yang lengkap.
“Kami sangat berharap dapat menawarkan kembali rawatan hemodialisis yang menjadi pilihan kepada pesakit dalam kalangan mereka kurang berkemampuan seperti yang telah dilakukan sejak 20 tahun lalu,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menambah, EGM hari ini juga diberitahu mengenai kaedah bagi menangani hutang MMC yang kini menghampiri RM36 juta. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment