JEM MELEKAT : KALAU TAK SESAK, BUKAN JALAN KUALA PILAH - SEREMBAN LAH NAMANYA

 TANJONG IPOH, 11 SEPTEMBER - Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimansuhkan, laluan jalan raya seluruh negara kembali aktif digunakan oleh rakyat negara ini.

Ini tidak terkecuali laluan jalan raya Kuala Pilah - Seremban yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang pulang ke kampung halaman masing-masing, terutamanya untuk pulang ke negeri Pantai Timur.

Bagi rakyat dan penduduk tempatan, laluan ini adalah laluan yang perlu dilalui dan hari minggu adalah pengorbanan yang dibuat untuk berkongsi jalan kepada pengguna luar dari negeri Sembilan.

Bagi penduduk tempatan pula, kebanyakan mereka tidak keluar ke mana-mana untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Sekiranya tiada pilihan dan perlu keluar juga, mereka memilih untuk menunggang motosikal dan melalui jalan alternatif yang tidak asing lagi.

Kenapa jalan Kuala Pilah - Seremban sesak setiap hujung minggu? Persoalan ini sering bermain di fikiran pengguna yang melaluinya. 

Namun begitu, segelintir pengguna berpendapat, laluan jalan raya ini telah menjadi laluan pilihan kerana sepanjang jalan bermula dari Kampung Terachi sehingga Kampung Ibol terdapat puluhan gerai yang menjual pelbagai produk tempatan. Antaranya daging salai, itik salai, burung puyoh salai, petai dan sayur-sayuran kampung, di samping terdapat juga yang menjual dodol, penganan, wajik yang merupakan kuih tradisional di Negeri Sembilan.

Ini menyebabkan pengguna jalan raya luar negeri ini, akan berhenti bagi mendapatkan produk-produk pilihan mereka.

Ada juga yang berpendapat, jalan Kuala Pilah - Seremban sahaja yang sesak? Jalan raya lain tidak sesak? Yer, memang tidak dinafikan jalan raya di lokasi berbeza juga mengalami kesesakan jalan raya.

Namun begitu, kesesakan jalan raya laluan Kuala Pilah - Seremban merupakan sesuatu yang unik; ramai yang tahu laluan ini akan mengalami kesesakan setiap hujung minggu. Tetapi tetap menjadi pilihan utama.

Namun begitu, apa sahaja pendapat kita semua, berhati-hatilah ketika memandu. Beringat bagi mengelakkan kemalangan jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. 

 

Comments