KAMPUNG TENGAH - Kempen Pilihanraya Umum Ke-15 (PRUKe-15) sedang berlansung ketika ini bagi siri memilih ahli-ahli parlimen Kerajaan Persekutuan, di mana tarikh pembuangan undi pada 19 November 2022, Sabtu ini.
Bagi pengundi awal dan pengundi Pos, telah dilaksanakan bertarikh hari ini.
Malaysia sebuah negara Komenwel adalah mengikut tradisi Sistem Westminster iaitu Sistem Demokrasi Parlimen dan Raja Berpelembagaan.Berikut dari itu, kempen-kempen calon pelbagai parti menyelusuri di kebanyakan tempat untuk bertemu pengundi-pengundi.
Berkesempatan sama, calon Barisan Nasional (BN), Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan bertemu Dato'-Dato' Adat di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, petang tadi.
Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan bersuku Biduanda.
Pertemuan bersama Dato'-Dato' Adat ini adalah bagi memperkenalkan diri sebagai calon parlimen P129 Kuala Pilah, mewakili BN.
Sekiranya, BN dipilih rakyat sebagai sebuah kerajaan bagi penggal ke-15, Sabtu ini maka Kerajaan Persekutuan terzahir di bawah BN.
Negeri Sembilan pula merupakan sebuah negeri yang sangat unik, kerana mengamalkan Sistem Adat Perpatih, di mana terdapat Kerajaan atau Kerjan masih wujud sejak beratus tahun dahulu.
Antara Kerajaan Adat Perpatih yang masih wujud; Kerajaan Tanah Lingkungan, Kerajaan Undang Luak Yang Empat, Kerajaan Tampin, Kerajaan Penghulu Berluak.
Ramai yang mungkin terkeliru atau tidak faham dengan apa yang penulis usaha sampaikan.
Namun begitu, sistem Demokrasi Berparlimen negara ini adalah dari dasar dan acuan kerajaan British, kerana negara kita merupakan negara bekas jajahannya.
Manakala Raja Berpelembagaan itu merupakan satu syarat ketuanan tanah Melayu, di mana Malaysia ini merupakan tanahair orang Melayu dan masih memiliki sahsiah dan susur galur Sultan, Beraja dan Yang DiPertuan Besar.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan di Negeri Adat Perpatih adalah dua tampuk pemerintahan berasingan.
Satu ketika dahulu, Negeri Adat Perpatih (Negeri Sembilan) merupakan sebuah kerajaan yang bersandarkan kepada suku naungan yang menjadi Raja, Penghulu, dan Dato' Lembaga pada tanah jajahnya yang sangat kuat dan disegani lawan dan kawan.
Namun Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, merupakan ketua negeri dan ketua agama di negeri ini. Manakala, Yang DiPertuan Agong pula merupakan ketua negara dan ketua agama dalam negara.
Sekiranya terzahir BN diberi mandat oleh rakyat menjadi kerajaan pada 19 November ini, maka kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan dari negeri adat perpatih dapat dijalin dan diperkasa.
Ada kuatkuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, ada juga kuatkuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Adat Perpatih.
Semoga bermanfaat!
| ibu soko tuo yang turut hadir |

Comments
Post a Comment