P129 : "Kita Telah Bagi Pihak Lain Mentadbir, Kita Tidak Melihat Hasil" - Dato' Haji Adnan

KUALA PILAH - Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan,  Calon Barisan Nasional (BN) P129 Parlimen Kuala Pilah bertembung dan dicabar oleh empat (4) calon Ahli Parlimen Kuala Pilah, berbeza parti, hari ini.

Empat (4) calon dalam pertembungan Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) di P129 ini diwakili oleh Saudara Kamarulzaman Kamdias (Pejuang), Dato' Eddin Syazlee Shith dari Perikatan Nasional (PN) yang juga merupakan penyandang Ahli Parlimen, sementara Datuk Azman Idris dari parti Warisan dan Saudara Nor Azman Mohamad (Pakatan Harapan).

Dato' Haji Adnan, ketika ditemui sejurus penamaan, sebentar tadi melafazkan rasa syukur di atas proses pencalonan bagi kerusi ahli parlimen P129 Kuala Pilah, di sini hari ini.

Beliau mewakili BN merupakan calon no.5 yang akan dicatat pada kertas undi pada tarikh pembuangan undi 19 November, kelak.

Pesanan beliau, "Undilah Barisan Nasional, demi kestabilan dan kemakmuran. BN ada bukti mentadbir negara.

"Kita telah bagi pihak lain mentadbir, namun kita tidak melihat hasil." ujarnya lagi.

Beliau berbesar hati dan berharap para pengundi di Kuala Pilah ini dapat membuat pertimbangan sewajarnya seterusnya menyokong dan memberi undi kepada BN.

Ditanya berkenaan peluang calon lain di Kuala Pilah ini, "masing-masing parti mempunyai misi dan visi masing-masing." ujarnya lagi. 

Diharapkan juga pesaing-pesaing ini dapat meraikan dan menjayakan proses demokrasi dalam keadaan yang baik serta tidak perlu kita menyentuh dan menyerang pribadi antara satu sama lain.

Selain, kita sebagai calon boleh mengenengahkan  idea dan harapan yang boleh dibawa dan dilaksanakan.

Tegas Dato' Haji Adnan, "sekiranya ditakdirkan BN menang dan diberi mandat oleh rakyat (pengundi) pada 19 November ini, saya akan berusaha melaksanakan tugas sebaik mungkin sejajar dengan rekod perkhidmatan BN pada tahun-tahun terdahulu.

"Undilah Calon No 5, Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan (BN)", katanya lagi.

Kita Sambung Yang Tergendala.














Comments