SAYA HADIR TUNAI JANJI DAN RAIKAN OLEK BERSAMA - YB DATO' HAJI ADNAN

 3 JUN, KAMPUNG LANGKAP, TANJONG IPOH - YB Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah hadir dan menyantuni penduduk Orang Asli Kampung Langkap di Olek Rayo Komuniti Masyarakat DUN Kawasan Seri Menanti, hari ini.

Olek yang bermula sejak dua hari lalu dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah dan Pusat Khidmat ADUN Kawasan Seri Menanti dilaksanakan secara bergotong royong tanpa penglibatan perkhidmatan katering.

Menurut YB Dato' Haji Abd Samad Haji Ibrahim, ADUN Kawasan Seri Menanti di dalam ucapannya, menyatakan sebanyak tiga ratus batang lemang telah dibakar malam tadi dan siap sekitar jam tiga pagi ini.

Ini tidak lain dan tidak bukan bagi meraikan penduduk orang asli yang sentiasa menjadi sahabat kepada wakil rakyat di peringkat parlimen dan DUN Kawasan Seri Menanti.

Meraikan penduduk orang asli, pelbagai aktiviti antaranya pertandingan karaoke, cabutan nombor bertuah, pertandingan menyumpit, pertandingan takraw (sukan popular dikalangan masyarakat orang asli Kampung Langkap) telah diadakan.

Menurut YB Dato' Abd Samad Ibrahim, kehadiran masyarakat seawal pagi membuktikan bahawa orang asli menyambut baik perkhidmatan Ahli Parlimen Kuala Pilah dan ADUN Kawasan Seri Menanti di Kampung Langkap.

Mengakhiri ucapannya, beliau berharap masyarakat orang asli di sini mengekalkan momentum majoriti pengundian pilihanraya di peringkat parlimen tempoh hari dilakukan ketika pilihanraya negeri (PRN) yang bakal diadakan selewat-lewatnya Julai atau Ogos ini.

YB Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan di dalam ucapannya turut menghargai undi masyarakat orang asli ketika pilihanraya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Ujarnya, "peri pentingnya undi kepada calon dari parti yang sama. Ini bagi mengelakkan kesukaran dan kesulitan ketika masyarakat memerlukan sumbangan dan bantuan.

Menurutnya lagi, parti Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang sentiasa berniat membantu tidak mengira waktu, satu parti yang  menunaikan dan menepati janji.

"Jika dari parti berbeza, banyak perkara menjadi sukar untuk dibincangkan."

Beliau turut meluluskan peruntukan dua khemah untuk kegunaan masyarakat orang asli di sini.

Malahan, beliau juga teruja melihat penglibatan anak muda dan belia di sini dalam memastikan olek berlangsung dengan baik dan teratur.

Akhiri beliau di dalam ucapan, "Kerajaan Persekutuan sentiasa meletakkan kedudukan orang asli pada tahap baik dan selesa dalam negara ini.

Hadir sama, Puan Shahrani Idderis, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan, Encik Khairul Anuar Abu Khamis, Pegawai Pejabat Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Kuala Pilah - Tampin, Encik Sakaria a/k Aweng, Timbalan Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan Encik Shaharuddin Daud @Abu Hassan.

Menyambut kehadiran, Yang Diadatkan Tok Batin Sulak Panglima Besar, Tok Batin Orang Asli Kampung Langkap dan Encik Suandu a/l Sulim, Ketua Kelab Belia Bersatu Orang Asli Langkap.


Comments