Skip to main content

1,400 hadir Dialog TN50 Negeri Sembilan

TELOK KEMANG  - Kira-kira 1,400 belia menghadiri Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di Politeknik Port Dickson dekat sini malam ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertindak sebagai moderator dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan selaku panel bagi menjawab soalan serta mendengar cadangan golongan itu secara spontan dalam merealisasikan TN50.
Peserta yang hadir meliputi pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi, sekolah serta golongan belia profesional.
Sesi tersebut yang merupakan kali ke-11 peringkat kebangsaan dan kedua diadakan di negeri ini membincangkan pelbagai aspirasi iaitu cadangan serta harapan golongan belia dalam membantu hala tuju negara mencapai TN50. - UTUSAN ONLINE

Comments