SEREMBAN - Seramai 522 kakitangan daripada 37 agensi pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan hari ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2016.
Daripada jumlah tersebut, seramai 298 merupakan penerima jabatan negeri manakala 224 daripada badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Mereka menerima sijil perkhidmatan cemerlang serta hadiah prestasi berjumlah RM1,000 tunai yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis di Klana Resort di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment