Skip to main content

Bangunkan generasi belia cemerlang dalam perniagaan

REMBAU – Program Youth Bazaar Fest mampu menggalakkan golongan belia membentuk dan membangunkan minda cemerlang dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.


Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Modal Insan, Belia Dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris berkata, pengisian program yang berlangsung sehari itu ber­upaya memberi suntikan semangat kepada belia di negeri ini men­ceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
“Saya berpuas hati dengan maklum balas dan sambutan ditunjukkan para belia yang berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
“Program ini merupakan antara langkah awal untuk me­ningkatkan kesedaran dan minat golongan muda untuk menjadi usahawan,” katanya selepas merasmikan Youth Bazaar Fest di Dewan Agora di sini kelmarin.
Zaifulbahri berkata, sempena festival itu, hampir 200 belia membuka gerai jualan dengan menawarkan pelbagai produk menarik.
Program selama 10 jam bermula pukul 8 pagi itu dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Daerah Rembau.
Antara pengisiannya terma­suk forum, ceramah dan taklimat berkaitan bidang perniagaan serta keusahawanan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Pada program itu juga, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menawarkan geran pertanian berjumlah RM20,000 dan geran usahawan perniagaan bergerak RM10,000.

Comments