Gangguan bekalan air di 5 kawasan 16 Mei ini

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Rembau, Seremban, Jelebu, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi 16 Mei berikutan kerja pemasangan injap, pengalihan paip dan pencucian kolam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains)  Norzita Ismail berkata di Rembau ia melibatkan Taman (Tmn.) Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Halal Park, Highway Pedas, Merbau Sembilan, Kampung (Kg.) Pedas Batu 4 (kanan), Kg. Pedas Batu 4 (kiri), Tmn. Pinggiran Pedas, Kg. Minching Baru, Sungai (Sg.) Ibor Batu 3 dan Kg. Minching Lama.

"Turut terlibat Tmn. Pedas Indah, Intitut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas,  Kg. Sg. Ibor ILP, Kg. Seberang Batu 2, Sekolah (Sek.) Keb. Pedas, Kg. Seberang Batu 1, Kg. Sg. Batu, Kg. Sg. Lalah, Tmn. Pedas Perdana, Jalan  (Jln.) Mungkal, Jln. Tok Nara, Jln. Ampang Batu, Jln. Mungkal Tobek, Jln. Tok Menteri, Jln. Tok Samad, Jln. Tanjung Semut, Kg. Datuk Keramat dan Jln. Bunga Raya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, di Seremban ia melibatkan Tmn. Pinggiran Senawang, Kg. Ulu Rantau, Sek. Datuk Abdul Razak, RTM, Tmn. Permata, Bandar Ainsdale, Tmn. Sri Pinang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 3 Labu, Tmn. Tiroi, Kg. Org Asli Sebir, seluruh Kg. Batu 8 Labu, Kg. Pelegong, Kg. Kering, Kg. Jawa, RnR Seremban Arah Utara, RnR Seremban Arah Selatan, Plaza Tol Ainsdale, seluruh Batu 9 Labu dan Kg. Tebing Tinggi.

Di Jelebu pula; kawasan melibatkan Durian Tipus ke Ranggoi, Mentaus hingga ke Kg. Paya Jauh dan Sg. Buloh, Kg. Serdai, Pekan Simpang Durian Juntai hingga ke Kg. Air Baning, Gugusan Felda Pasoh 1,2,3 dan 4, Simpang Pertang, Pertang dan Geylang.Lain-lain kawasan ialah Kg. Org Asli Tekir, Kg. Masjid Putih, Tmn. Bukit Kaya, Bukit Kristal, Tmn. Mutiara Galla, Tmn. Bkt. Galena, Tmn. Jasper Jaya, Tmn. Harmonium, Tmn, Seruling Jaya, Tmn. Sri Pulasan, Tmn. Sri Labu, Tmn. Labu Jaya, Seremban Gateaway, Chemara Hill, Tmn. Megah, Oakland, Hospital Columbia, Hospital KPJ, Kemayan Square, Tmn. Bkt. Kepayang, Plaza Tol Seremban, Jln. Sungai Ujong dan Terminal 2.


"Di Tampin, kawasan yang terlibat ialah Sg. Kelamah, Sg. Dua, Tenai, Kg. Diraja, Jelai, Pasir Besar, Palong 1 dan Bukit Sialang, sementara di Jempol ialah Palong 2, Palong 7 dan Palong 8," katanya.

Norzita berkata, bekalan air akan disambung semula pada pukul 8 pagi keesokannya dan ia dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi gains di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama 

Comments