‘Ibu rindu kamu nak...’

SEREMBAN - “Pulanglah sayang, ibu tak marah kamu, ibu rindu kamu nak..”. Itulah luahan seorang ibu yang merayu agar anak gadis kesayangannya, Fatin Nur Syafiqah Zuriha,16, pulang ke pangkuan keluarga.

Fatin Nur Syafiqah disedari hilang sejak Ahad lalu selepas keluar bersama kawannya lebih dua hari.

Menceritakan kembali sebelum kejadian 14 Mei lalu, Rahmah Abu Bakar memberitahu anaknya yang tinggal di sekolah asrama sebelum ini ada pulang  ke rumah seperti biasa.

Namun pada Ahad lalu, semasa dia bekerja di Sikamat, anaknya keluar bersama kawan perempuannya untuk ke bandar, dan terus hilang sehingga ke hari ini.

“Hari ini merupakan hari ke sembilan anak saya hilang, puas da saya cari tapi tak jumpa.
“Telefon pun tak dapat, habis semua kawan-kawan dia saya tanya tapi seorang pun tak tahu Syafiqah ada di mana, sekolah pun dia tak pergi.

“Kali terakhir dia pernah mesej saya pada Khamis lalu beritahu tak nak balik rumah sebab tak nak duduk di asrama lagi, tapi bila saya tanya dia kenapa dia tak balas, dan sehingga kini telefon dia gagal dihubungi,” katanya.

Katanya, dia bimbang dengan keselamatan anak gadisnya itu memandangkan sehingga kini tiada khabar berita.

Sehubungan kejadian itu, Rahmah membuat laporan polis bagi meminta bantuan.

Comments