Skip to main content

Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan

SEREMBAN - Jenazah pelumba Cub Prix, Norizman Ismail yang maut dalam kemalangan ketika sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu semalam selamat dikebumikan di kampung isterinya dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi kelmarin.

Kira-kira 200 orang menghadiri upacara pengkebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan termasuk isterinya, Nurul Aida Adha Raduan, 27, dan tiga anaknya.

Norizman, 32, yang merupakan penunggang pasukan OneXoX TKKR Racing disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital di Terengganu pada pukul 4.50 petang. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malaysian Cub Prix semalam, Norizman terjatuh ketika melalui satu selekoh di litar kejohanan itu semasa menjalani sesi ujian masa. 

Pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan perlumbaan di Kemaman tersebut bagi menghormati kematian Norizman. - UTUSAN ONLINE


Comments