Larian Bendera UMNO menuju Selangor

HULU LANGAT - Larian Sang Saka Bangsa sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 selesai menjelajah Negeri Sembilan petang ini dan mula memasuki Selangor.

Kontinjen Larian Bendera UMNO dari Negeri Sembilan di sambut oleh Setiausaha Umno Selangor yang juga Ketua Umno Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz berserta Kontinjen Larian Sang Saka Bangsa UMNO Negeri Selangor di titik sempadan Negeri Sembilan-Selangor, seterusnya bendera Sang Saka Bangsa diarak bersama-sama sehingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Beranang, Selangor.

Penyerahan Sang Saka Bangsa telah disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar di Dewan SMK Khir Johari, Beranang, Selangor kira-kira pukul 5.30 petang.

Yang turut hadir para pemimpin dan ketua-ketua bahagian dari kedua-dua negeri.

Terdahulu, kontinjen larian Sang Saka Bangsa yang diiringi konvoi motosikal bergerak dari Sikamat di sini pagi ini sebelum menuju ke pekan Nilai dan melalui persimpangan Taman Semarak, Batang Benar, Pajam, Staffield dan tiba di Beranang.

Larian di Negeri Sembilan bermula di Rembau pada Sabtu lalu dan melibatkan jarak 111 kilometer dengan 7,400 peserta mengambil bahagian. - UTUSAN ONLINE

Comments