Skip to main content

Larian bendera UMNO selama tiga hari di N. Sembilan


REMBAU - Larian bendera sempena Ulang Tahun UMNO Ke-71 diteruskan di negeri ini dan akan membabitkan jarak kira-kira 111 kilometer bermula di Lubuk Cina dekat sini hari ini.
Larian itu akan melibatkan lapan bahagian UMNO di negeri ini iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau, Tampin, Seremban, Rasah dan Telok Kemang.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, seramai 7,400 ahli UMNO akan terlibat dalam larian selama tiga hari itu sebelum Sang Saka Bangsa diserahkan kepada UMNO Selangor.
Beliau memberitahu demikian selepas menyambut konvoi dari Melaka dan menerima bendera oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron di sini petang tadi.
Yang hadir sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Jusoh. - UTUSAN ONLINE




Comments