Larian itu bermula dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong hingga sampai di Dewan Orang Ramai Rantau kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketibaan larian itu disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama para pemimpin UMNO Bahagian Rembau.
Larian sejauh 70 kilometer dalam UMNO Bahagian Rembau itu kemudian diteruskan ke kawasan DUN Paroi selepas para peserta menikmati makan tengah hari dan mendengar ucapan Mohamad. - UTUSAN ONLINE
Comments
Post a Comment