SEREMBAN - Superintenden Mohd. Shukhairy Abd. Sabhe hari ini mengambil alih tugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Beliau menggantikan Asisten Komisioner, Ab. Rahaman Arsad yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kedah.
Mohd. Shukhairy sebelum ini bertugas sebagai Ketua Pegawai Turus Istiadat di Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkelulusan Master Sains (Pembangunan Manusia) dari Universiti Putra Malaysia.
Majlis serah terima tugas di Dewan Mess IPK negeri disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment