Skip to main content

Piala FA: Tiket separuh akhir N.Sembilan-Pahang dijual Rabu

SEREMBAN 8 Mei - Tiket-tiket bagi perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan dan Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini Sabtu ini, akan mula dijual Rabu ini.
Piala FA
 
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan tiket di kaunter stadium berkenaan bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam pada hari tersebut.
Katanya, kaunter tiket juga akan dibuka pada Khamis dari pukul 3 petang hingga 7 malam dan Jumaat mulai pukul 10 pagi hingga 7 malam.
"Pada hari perlawanan (Sabtu) tiket boleh didapati dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.
"Harga tiket bagi tempat duduk terbuka ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak. Bagi tempat berbumbung, harga tiket ialah RM20 dan kanak-kanak RM10," katanya.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kuantan pada 30 April lalu, Negeri Sembilan tewas 1-0 hasil jaringan sendiri pemainnya. - UTUSAN ONLINE


Comments