Skip to main content

Rasuah: Penganggur dipenjara enam bulan, denda RM10,000

RASAH  - Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang penganggur yang memberi rasuah sebanyak RM101 kepada konstabel sukarelawan polis tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Daud Abdullah, 53, membuat  pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba memberi suapan wang tunai RM101 kepada konstabel sukarelawan polis, Peh Chee Chong  sebagai dorongan tidak mengambil tindakan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.20 malam di Pejabat Sukarelawan Polis di Jalan S2 G2 di Garden Avenue dekat sini pada 9 Jun 2016.
Sabit kesalahan, lelaki terbabityang merupakan penganggur boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Karmila Mokhtar mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE

Comments