Semangat, Momentum Larian Bendera UMNO Harus Dikekalkan Hingga PRU-14 Nanti

RASAH, 8 Mei – Ketua UMNO Bahagian Rasah Datuk Hashim Rusdi melahirkan harapan agar semangat dan momentum yang dilahirkan dalam larian bendera UMNO sempena ulang tahun UMNO ke-71 tahun ini dapat dikekalkan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Jelas beliau, wadah perjuangan parti keramat ini harus terus dipertahankan kerana UMNO adalah tunjang kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menjaga keamanan negara ini.
“Saya harap para peserta bila balik nanti akan terus memperkukuhkan jentera parti dan kita harus buktikan bahawa ahli UMNO tidak akan berundur walau setapakpun demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
“Inilah wadah perjuangan kita… walaupun kita berhadapan dengan tohmanan dan fitnah tapi saya yakin ahli UMNO tidak gentar dengan modus operandi jahat pembangkang ini,” katanya dalam ucapan menyambut kedatangan peserta larian zon selatan yang tiba di Rasah hari ini.
Larian bendera sang saka bangsa zon selatan ini telah memasuki hari ke lima dan petang ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ngeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan akan menyerahkan bendera kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor sebagai tanda bermulanya penjelajahan ke negeri itu.
Bendera sang saka bangsa akan terus diarak dan akan dibawa masuk ke stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti. – MediaUMNO

Comments