Skip to main content

Undang Luak Johol lawat mangsa banjir

KUALA PILAH 8 Mei – Mangsa banjir di Kuala Johol dan Kampung Changgang dekat sini melahirkan rasa syukur dan terharu apabila menerima kunjungan daripada Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah.
Seorang penduduk, Zakaria Yusuf berkata, kunjungan itu membuktikan masih ada pihak yang prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka.
Menurutnya, dia dia hanya dapat menyelamatkan sebahagian harta benda dalam kejadian itu. “Saya hanya me­nyedari air mula naik memasuki kawasan rumah di Kampung Jelai di sini kira-kira pukul 5 pagi,” katanya di sini.
Pada lawatannya, Muhammad turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebahagian mangsa banjir.
Seorang lagi mangsa banjir, yang tinggal di Rumah Rakyat Kuala Johol dan hanya mahu dikenali sebagai Dahaman berkata, setiap kali banjir rumahnya akan dimasuki air kerana terletak di kawasan rendah.
“Saya gembira dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan,” katanya. - Utusan Online




Comments