Skip to main content

Injap tekanan bantu atasi gangguan air - Inisiatif Sains bantu orang ramai sempena cuti Aidilfitri

SEREMBAN - Sebanyak 15 injap tekanan automatik akan dipasang oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di lokasi yang dikenal pasti sering mengalami putus bekalan air setiap kali musim cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pe­ma­sangan injap tersebut adalah antara langkah yang diambil oleh Sains bagi mengatasi masalah yang sering menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna.
Beliau yang juga Pengerusi Sains berkata, injap itu akan berfungsi secara automatik setiap kali kawasan berkenaan mengalami tekanan air rendah.
“Negeri Sembilan sebenarnya tidak menghadapi kekurangan bekalan air tetapi jumlah pengguna yang meningkat dengan ketara setiap kali musim perayaan menyebabkan berlaku masalah tekanan air rendah.
Advertisement
“Lazimnya penggunaan air di kawasan bandar seperti Se-remban pada masa itu menurun sehingga 70 peratus manakala kawasan luar bandar meningkat sehingga 100 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Negeri di sini .
Menurutnya, keputusan untuk memasang injap berkenaan dibuat selepas Sains mengenal pasti 15 kawasan di seluruh ne-geri ini antaranya kawasan tanah rancangan kerajaan di Pasoh dan Palong, tanah tinggi dan kampung yang terletak paling hujung dari rumah pam.
“Walaupun kos pemasa­ngan injap ini mahal namun kerajaan negeri berpendapat ia perlu dilakukan bagi membo­lehkan orang ramai mendapat bekalan air berterusan dan me­rayakan sambutan Aidilfitri dengan lebih selesa,” ujarnya.
Mohamad memberitahu, persediaan lain yang turut dilakukan oleh Sains bagi musim perayaan kali ini ialah menyediakan sehingga 30 kakitangan untuk setiap daerah pada hari raya pertama hingga ketiga untuk menangani masalah gangguan bekalan.
Jelasnya, pihaknya juga menetapkan indeks prestasi utama (KPI) bahawa setiap kes paip pe-cah mesti ditangani dalam tempoh empat jam.




Comments