SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM150,000 dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Petaling Jaya, Selangor, 10 Jun lalu.
Penolong Ketua Pengarah (Penguat Kuasa), Datuk Paddy Abd. Halim berkata, seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur antara 21 hingga 42 tahun turut ditahan dalam serbuan di kediaman itu pada pukul 1 petang.
"Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemukan pelbagai jenis dadah merangkumi serbuk kristal disyaki syabu, ketamin, ganja, pil ekstasi dan Eramin 5.
"Turut ditemukan sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil penjualan dadah serta empat buah kenderaan," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Nilai dekat sini hari ini.
Advertisement
Menurut Paddy, kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment