SEREMBAN – Ramadan menjadi lubuk rezeki terutamanya kepada para peniaga yang sanggup berusaha mengambil peluang menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka puasa untuk dijual.
Salah seorang yang tidak ketinggalan memanfaatkan bulan Ramadan ialah Mohamad Hibatullah Abd. Hamid, 30, yang menjual putu mayam di Bazar Ramadan Garden Homes, Seremban 2 di sini sejak lebih dua minggu lalu.
Katanya, putu mayam yang dihasilkan mempunyai kelainan berbanding peniaga lain kerana dibuat sendiri selepas mempelajari resipi makanan tersebut daripada ibu saudaranya.
Mohamad Hibatullah yang lebih dikenali dengan panggilan Bob berkata, putu mayam yang dijualnya mempunyai dua perasa iaitu tradisional dan pandan.
Advertisement
Katanya, dia menjual putu mayam bersama kelapa parut dan gula merah berharga RM3 untuk enam keping dan dia juga mengambil tempahan bagi menyediakan putu mayam untuk sebarang majlis keraian.
Mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-3419705.

Comments
Post a Comment