SEREMBAN - Seorang lelaki bingung apabila keretanya yang
ditinggalkan di sebuah bengkel di Seremban Jaya Fasa 8, di sini, hilang
dipercayai dicuri.
Kehilangan disedari Isnin lalu apabila pemilik kereta,
S.Shanmugan, 47, menghantar kereta jenis Proton Iswara di bengkel berkenaan
sehari sebelum kejadian untuk diservis.
Shanmugam berkata, dia meletakkan kereta di luar bengkel
berkenaan sebelum dia pulang ke rumah.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 2.30 petang keesokan
harinya, pemilik bengkel menghubunginya memberitahu keretanya sudah tiada di
situ.
“Saya terkejut apabila diberitahu kereta saya hilang.
Bingung juga kerana itu satu-satunya kereta yang selama ini saya dan keluarga
gunakan setiap hari," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, pemilik bengkel terbabit, Leong Chee Kien
32, berkata, sebaik dia menyedari kereta berkenaan tiada di bengkel, dia
menghubungi pemilik kereta itu.
“Saya tanya pada dia sama ada sudah ambil keretanya itu ataupun
tidak. Sebab kunci kereta itu masih tersimpan dalam bengkel.
“Bila saya hubungi, dia kata dia belum ambil. Saya pelik
kerana sehari sebelum kejadian, kereta itu sudah diperiksa terlebih dahulu
kerana ia ditempatkan di kawasan luar bengkel.
“Saya tengok kereta itu sudah berkunci sebelum tutup
bengkel. Tetapi sebaik sahaja saya buka semula bengkel, tengok kereta itu sudah
tiada. Kereta itu belum pun saya servis lagi," katanya.
Dalam pada itu, Adun Senawang, P. Gunasekaran berkata,
kawasan berkenaan sebelum ini kerap kali berlakunya kes kecurian dan meminta
pihka berkuasa melakukan rondaan lebih kerap.
Sinar Online

Comments
Post a Comment