Kereta terbakar: Dua beranak sempat selamatkan diri

NILAI - Dua beranak sempat menyelamatkan diri sebelum kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terbakar di KM 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Fauzi Shamir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa, R. Yugeswari, 33, dan ibunya yang hanya dikenali sebagai Ruekmono, 64, dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Subang Jaya, Selangor.
"Mangsa (Yugeswari) melihat asap keluar daripada bahagian enjin semasa dalam perjalanan lalu memberhentikan keretanya.
"Dia dan ibunya sempat keluar dari kereta itu sebelum api merebak dengan pantas dan membakar 80 peratus kenderaan tersebut," katanya.
Mohd. Fauzi berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh dua kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan.- BERNAMA



Comments