Kisah Masyarakat - Dia Orang Negeri Sembilan : Nama dia David. Baik Orangnya, Asal Bahau

Benarlah dengan apa yang dikatakan, jangan menilai seseorang dari luaran sahaja. Kadang-kadang apa yang kita lihat itu tidak semestinya benar denngan persepsi yang sering kita perkatakan.



Seperti kisah yang akan kami kongsikan ini memberi pengajaran kepada diri kita supaya jangan terlalu cepat menilai orang hanya kerana bangsa dan penampilannya. Kisah dimana lelaki ini didatangi pasangan India ketika sedang memandu, kemudian..

Ada pasangan India, terpandang-pandang.. lepas pandang di hon-hon pula.., Saya tdak sedap hati..

"Usai solat Asar hari ini, baca Quran. Hari ini lengkaplah bacaan Surah Al-Baqarah. Hampir setengah bulan baca, hari ini sampai ke helaian terakhir mukasurat 49."

"Dah berjanji pada si isteri untuk bawakan dia ke nurseri untuk membeli tanah organik. Siap-siap keluar rumah naik kereta pergi ke bandar. Waktu tu ternampak ada satu nurseri, terus buat u-turn dan masuk ke nursery.

"Waktu tu tengok side mirror, ada pasangan India pandang-pandang. Lepas pandang, hon-hon pula. Tidak sedap hati, saya parking ke tepi, keluar kereta.., anak dan isteri duduk dalam kereta.

"Ya Allah, terkejut saya!! Faith ini humanity restored.

"Dia bonceng motornya ke arah kereta. Bila dia makin hampir..,
Ya Allah terkejut saya!!!!

Dia sedang pegang;

Beg duit isteri saya, HP Note 3 saya, HP isteri saya juga!!

Terkejut ya amat! Terus dia hulurkan

"Bang, you punya barang jatuh dari kereta. I hon you, tapi you tak dengar"

Waktu itu beribu syukur pada Ilahi.

"Terima kasih bang. Tak percaya betul, abang return balik barang ini. HP dua biji siap wallet sekali."

Teruja!!

Teharu!!

Nama dia David. Asal Bahau. Tidak sempat bertanya nama si perempuan.

Faith in humanity restored. Syukur. Waktu berlaku ini teringat kata ustaz.

"Siapa yang baca Surah Al-Baqarah, Allah SWT jaga dia, jaga isi rumah dia."

Hari ini berlaku dugaan ini, Allah SWWT bukan sahaja lindungi harta saya, lindungi harta isteri saya juga. Allah Akhbar, Syukur.

Alhamdulillah.

To Mr. David,
Saya doakan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Moga tuhanku memberi kebaikan kepada kamu atas hati mu yang baik.

Sumber : kamiviral.com

Comments