Skip to main content

Konvoi Ziarah Sahur IPT edar 2,000 pek makanan

SEREMBAN  - Lebih 2,000 pek makanan diedarkan di sekitar daerah ini dalam program Ziarah Sahur Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2017 malam tadi.

Program anjuran akhbar Utusan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bermula pukul 11 malam di Menara MAINS dan akan berakhir pada kira-kira pukul 5.30 pagi nanti.
Seramai 80 orang menyertai program berkenaan terdiri daripada kakitangan MAINS dan ahli Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis).
Antara lokasi pengedaran set makanan sahur itu ialah beberapa IPT di sekitar Seremban dan Nilai serta pejabat agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Advertisement
Acara pelepasan konvoi ziarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi MAINS.
Yang turut hadir, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail. - UTUSAN ONLINE


Comments