SEREMBAN - Seramai 500 peserta terlibat dalam Program
Khatam al-Quran Perdana diadakan di Masjid Negeri di sini, hari ini.
Program yang bermula kira-kira jam 5.15 petang itu
melibatkan pelbagai agensi kerajaan di negeri ini termasuk Badan Berkanun
Perbadanan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan tadarus lelaki dan
wanita.
Eksekutif Masjid Negeri,Mohd Nidzar Nor Mohamad berkata,
bacaan al-Quran tersebut dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Zaher Rudin Mokhtar.
Sebahagian peserta Khatam al-Quran Perdana di Masjid
Negeri.
Menurutnya, pembacaan al-Quran bukan sahaja perlu
dijadikan amalan pada bulan Ramadan tapi juga hari biasa.
"Tapi kita tengok semangat itu lebih pada bulan
Ramadan mungkin disebabkan ramai yang nak mengejar pahalanya yang berlipat kali
ganda.
"Semangat ini perlu diteruskan dengan mengadakan
program tadarus. Yang lebih penting adalah kita perbaiki tajwid pembacaan
masing-masing"katanya.

Comments
Post a Comment