Rumah tidak berpenghuni terbakar

JEMPOL - Sebuah rumah tidak berpenghuni di Felda Lui Timur terbakar 40 peratus, pagi semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 11.16 pagi.
"Jentera bomba dan penyelamat dari Bandar Seri Jempol tiba di lokasi jam 11.40 pagi.
"Ketika kebakaran berlaku, kediaman berkenaan tidak berpenghuni," katanya.
Katanya, api berjaya dikawal jam 11.48 pagi yang turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang.
“Kebakaran melibatkan rumah jenis kekal. Setakat ini, bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian, susulan kediaman tersebut dipercayai telah lama tidak dihuni,” katanya.
Tambahnya, pihaknya ketika ini masih berusaha mendapatkan pemilik rumah bagi melengkapkan siasatan. - Sinar Online

Comments