Saran guna laluan alternatif

BAHAU - Pengguna jalanraya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif yang dibuka bagi mengurangkan kesesakkan jalan raya.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, setakat ini trafik sekitar Jempol khususnya Bahau terkawal.
"Musim perayaan ini kenderaan bertambah terutamanya di pekan Bahau susulan kebanyakkan kenderaan menghala ke pantai timur dan selatan.
"Kebanyakkan kenderaan ini akan menggunakan laluan di pekan Bahau seterusnya melalui jalan persekutuan Keratong.
"Antara laluan yang menjadi laluan utama kenderaan ini adalah semua laluan memasuki pekan Bahau yang melalui kalan dari arah Tampin/Juasseh ke Rompin atau Keratong," katanya kepada Sinar Harian.
Noorzainy berkata, selain itu laluan dari arah Kuala Pilah ke Batu Kikir, laluan dari arah Jelebu menghala ke Keratong.
"Laluan dari pekan Bahau menghala ke Rompin, simpang tiga keretapi (Kilometer 1-Kemayan) seterusnya, simpang tiga hadapan Balai Polis Batu Kikir.
"Oleh itu pengguan jalanraya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang telah dibuka iaitu perjalanan dari Kuala Pilah / Jelebu boleh menggunakan jalan menghala ke Batu Kikir- Serting Tengah yang terus menghala ke jalan Persekutuan Keratong.
"Jalan ini adalah satu laluan yang lancar kerana tidak mempunyai lampu isyarat. Jalan pintas Mahsan-Rompin untuk menuju ke Gemas. Jalan pintas ini dapat mengelakkan kesesakkan di lampu isyarat simpang keretapi Bahau," katanya.
Noorzainy berkata, bagaimanapun pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhati hati dan memandu dengan berhemah apabila melalui kawasan hot spot kemalangan.

"Antara kawasan hot spot tersebut jalan Bahau menuju Keratong, jalan Bahau menuju Kemayan dan jalan Bahau menuju ke Rompin," katanya. Sinar Online

Comments