Silaturrahim Ramadhan Bersama Rakan Media dan Darul Asnaf Seri Tanjung

Sendayan - Matrix Concept Holdings Berhad kembali lagi pada tahun ini dengan Majlis Berbuka Puasa serta beramah mesra bersama pengarang kanan pelbagai organisasi media tempatan dan pengamal-pengamal media serta Darul Asnaf Seri Tanjung, Kuala Pilah yang diadakan di d' Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan.

Majlis berbuka puasa yang telah memasuki tahun 1438 Hijriah ini berlangsung dengan meriah sebagai menghargai sokongan berterusan media terhdap Matrix Concepts. Para tetamu disajikan dengan hidangan ala Tarbus iaitu sajian klasik Malaysia, sajian oriental serta makanan Jepun dan sajian khas Timur Tengah.

Pengerusi Matrix Concepts, Dato' Haji Mohamad Haslah yang diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Dato' Lee Tian Hock menyampaikan beg cenderahati kepada lebih daripada 70 rakan media daripada akhbar tempatan utama di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, selain melahiran penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka.

"Diharapkan rakan-rakan media akan menjadi entiti yang boleh disandarkan oleh masyarakat dan memegang peranan untuk terus menjadi institusi penting dalam melakukan inovasi dalam menyampaikan berita di negara ini", ujar Dato' Haslah.

Disamping itu, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran penghuni rumah Darul Asnaf Seri Tanjung seramai 38 orang anak-anak yatim dan tiga orang penjaga mereka.

Sekali lagi, Datin Yong Chou Lian, Dato' Haji Mohamad Haslah bersma dengan isterinya, Datin Norsima menyampaikan sumbangan Aidilfitri buat penghuni Darul Asnaf Seri Tanjung.

Dato' Logendran, Pengerusi Yayasan Matrix Concepts (MCF) menyifatkan Majlis Berbuka Puasa ini sebagai satu tradisi serta medium bagi MCF dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik agar pengalaman Ramadhan lebih baik tahun ini dapa dinikmati secara bersama.

Diterbitkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad.


















Comments