Alumni Usim wakaf kerusi roda, kipas

NILAI – Alumni Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) mewakafkan dua kerusi roda dan empat kipas untuk kegunaan jemaah Kompleks Islam Usim.

Wakil alumni, Mohd Syafaat Sapari berkata, inisiatif itu bertujuan memberi keselesaan kepada jemaah yang hadir ke kompleks itu dan kemudahan itu digunakan secara rasmi bulan lalu, sempena Ramadan.
“Kita dapati kompleks ini menjadi tumpuan dan jemaahnya termasuk orang kurang upaya (OKU). Jadi timbul idea untuk kami sediakan keperluan ini.
"Dana dikumpul dalam tempoh singkat hasil sumbangan alumni,” katanya.
Sumbangan itu disampaikan oleh Mohd Syafaat kepada Pengarah Pusat Islam, Dr Khairul Anuar Muhammad dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni dan Kerjaya USIM, Dr Mohd Nisar Mohamad Ahmad.

Sementara itu, Pejabat Pusat Islam Usim mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun barangan untuk melengkapkan kemudahan di kompleks itu.

Comments