Dua pasangan dicekup positif dadah

TAMPIN - Dua pasangan dicekup dalam keadaan dalam keadaan khayal ketika serbuan di sebuah bilik hotel di daerah ini, hari ini.

Serbuan kira-kira jam 1 petang oleh sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tampin itu dibuat sebaik menerima maklumat berkenaan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, seorang lelaki berusia 19 tahun beralamat di Masjid Tanah didapati positif dadah jenis Meth, manakala remaja berusia 18 tahun yang beralamat di Kampung Melayu Subang pula positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
"Dua perempuan berusia 19 dan 16 tahun, masing-masing berasal dari Melaka turut positif dadah jenis Meth. Tiga daripada yang ditangkap merupakan penganggur, hanya perempuan berusia 19 tahun bekerja sebagai buruh.
"Masing-masing mengaku mengambil pil estacy di sebuah pusat hiburan di Melaka ketika soal siasat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Comments