MB teruskan tradisi anjur rumah terbuka untuk rakyat

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meneruskan tradisi mengadakan rumah terbuka untuk rakyat sempena Aidilfitri di kediaman keluarganya di Kampung Tanjung, Rantau, di sini, semalam.

Menurut Mohamad, beliau dan keluarga terharu dengan kehadiran tetamu dianggarkan mencecah 70,000 orang, lebih ramai berbanding tahun sebelum ini.
“Saya jangka kehadiran pada tahun ini tidak ramai, tetapi nampaknya saya silap.
"Tetamu yang datang hari ini (semalam) sangat ramai, malah lebih ramai berbanding tahun lalu," katanya ketika ditemui media di rumah terbuka berkenaan, semalam.
Majlis rumah terbuka keluarga itu juga menerima kehadiran para pemain bolasepak pasukan Negeri Sembilan.

Turut berangkat pada rumah terbuka berkenaan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. - Sinar Online









Comments