Update : Perlawanan di tangguhkan
PASUKAN Negeri Sembilan tiada pilihan lain selain menang menentang pasukan Terengganu pada perlawanan pusingan kedua Liga Perdana 2017 di Kuala Terengganu, hari ini, bagi membolehkan pasukan itu menempah tiket ke Liga Super tahun hadapan.
PASUKAN Negeri Sembilan tiada pilihan lain selain menang menentang pasukan Terengganu pada perlawanan pusingan kedua Liga Perdana 2017 di Kuala Terengganu, hari ini, bagi membolehkan pasukan itu menempah tiket ke Liga Super tahun hadapan.
Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS),
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan itu amat penting bagi menentukan
pasukan dapat mencapai matlamat ditetapkan pada awal musim atau tidak.
“Tidak ada lagi seri atau kalah, saya harap pasukan dapat
beri tumpuan sepenuhnya esok,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah
Terbuka Wisma Negeri di sini, hari ini.
Mohamad berkata, beliau berharap pasukan dapat mencapai
kemenangan, bukan sahaja pada perlawanan malam esok menentang pasukan
Terengganu, tetapi juga perlawanan seterusnya.
“Kita mempunyai baki empat perlawanan lagi selepas itu,”
katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, entah di mana silapnya,
apabila mereka (Pasukan Negeri Sembilan) mula mencatatkan beberapa keputusan
seri berturut-turut sebelum liga berehat, sedangkan sudah selesa pada pusingan
pertama.
“Kita sepatutnya sudah selesa, tetapi kita terlampau
selesa awal sangat selepas jauh tinggalkan pesaing dengan tujuh mata. Tidak
tahu di mana silapnya apabila kita seri lima perlawanan selepas itu sebelum
kita rehat untuk fasa kedua liga… jadi, saya minta supaya jurulatih dan pegawai
serta pemain pasukan Negeri Sembilan dapat tumpukan sepenuh perhatian.
Jangan kita leka dan jangan kita mengambil remeh dan
pandang ringan permainan seterusnya kerana kita perlu menang jika tidak susah
untuk pasukan Negeri Sembilan masuk ke Liga Super tahun depan,” katanya. - Bernama
Comments
Post a Comment