Peserta PABM 2017 rasai pengalaman hidup di desa

JEMPOL - Seramai 53 peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2017 (PABM 2017) hari ini berpeluang menyertai beberapa aktiviti menarik dan sukan rakyat di Homestay Kampung Lonek di sini.

Aktiviti bermula sejak pukul 9 pagi dengan peserta dibawa melihat kegiatan ekonomi penduduk antaranya demonstrasi menoreh getah, ternakan lebah kelulut dan penanaman padi.
Mereka kemudian menyertai acara sukan rakyat iaitu bermain belon, menarik upih pinang dan kelereng.

Paling mencuit hati apabila peserta dari 35 negara itu bermandi lumpur semasa merasai pengalaman mengoca ikan iaitu tradisi masyarakat setempat menangkap ikan menggunakan tangan. - Utusan Online

Comments