Skip to main content

Remaja lelaki hilang sejak 10 hari lalu

TAMPIN  - Seorang remaja lelaki gagal dikesan oleh keluarganya selepas dipercayai keluar dari rumah di Taman Desa Permai, Repah dekat sini kira-kira lima hari sebelum Aidilfitri lalu.
tersebut, Amiruddin Amrizal, 23, yang tinggal di rumah milik abang sulungnya kali terakhir dihubungi oleh kakaknya pada 20 Jun lalu.
Abang sulungnya, Muhammad Firdaus Amrizal, 34, berkata, kerana risaukan keselamatan adiknya, dia pulang ke rumah tersebut namun mendapati tiada sesiapa di kediaman itu.
"Amiruddin yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik tinggal di rumah saya seorang diri dan dia tidak bekerja.
Advertisement
"Dia hilang bersama motosikal jenis Honda Wave berwarna putih dengan nombor pendaftaran NCC 6975," katanya di sini hari ini.
Katanya, mereka telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Amiruddin dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi talian 017-2450186. - UTUSAN ONLINE



Comments