Skip to main content

RISDA bayar dividen RM2.3 juta kepada pekebun kecil di N. Sembilan

SEREMBAN  – Seramai 1,010 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di negeri ini menerima bayaran dividen berjumlah RM2.3 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mo­hamad Hasan berkata, agihan ter­sebut merangkumi peser­ta Ran­cangan Tanam Baharu Ber­kelompok (RTBB) dengan keluas­an 2,907 ekar tanah.
“Purata keuntungan yang dibayar kepada setiap peserta adalah sebanyak RM800 bagi setiap ekar tanah.
“Oleh yang demikian saya berharap dividen yang dibayar pada hari ini dapat digunakan dengan cara berhemah dan dibelanjakan secara bijak,” katanya ketika berucap pada Majlis penyampaian dividen RTBB 2017 peringkat negeri, di sini baru-baru ini.
Advertisement
Yang turut hadir Pengerusi Ja­watankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Nasarudin Malek; Pengarah RISDA negeri, Abu Hassan Mohd. Ali serta Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil negeri, Datuk Aliasak Ambia.
Mohamad berkata, kerajaan ne­geri turut menggalakkan pekebun kecil untuk menanam semula secara berkumpulan bagi membolehkan RISDA menguruskannya secara komersial sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan mereka.
Sementara itu menurut Nasarudin, pihaknya telah membangunkan 1,176 hektar ladang kelapa sawit di negeri ini menerusi RTBB.
Katanya, tanah tersebut di­uruskan oleh anak syarikat RISDA iaitu ESPEK Sdn. Bhd dan Koperasi Ladang Pekebun Kecil.
“RTBB merupakan kaedah ta­nam semula yang terkandung da­lam Peraturan-Peraturan 15 dan 16, Skim Tanam Semula dan Peraturan Skim Tanam Semula No.6 di bawah Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah 1952.
“Tujuan diadakan adalah untuk membantu menambah pendapatan pekebun kecil yang memiliki tanah kurang dari tujuh ekar melalui pemilikan saham dalam ladang RTBB,” jelasnya. Utusan Online




Comments