SSNS SMK Zaba lakar sejarah

KUALA PILAH - Jalur Gemilang megah berkibar di di Gothenberg, Sweden apabila Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SSNS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba berjaya meraih tempat ketiga pada Kejohanan Bola sepak Gothia Cup.


Pengetuanya, Roslin Bahlia berkata, pasukannya terkandas ketika perlawanan separuh akhir bertemu Brazil dengan jaringan 2-1 dan memperoleh tempat ketiga.
Kejayaan melakar sejarah tersendiri oleh 16 pemain bagi kategori lelaki bawah 14 tahun yang terpilih mewakili Malaysia itu amat membanggakan.
“Kami berada di sini (Sweden) bermula 16 Julai dan Insya-ALLAH, kami akan tiba di Malaysia pada 24 Julai jam 5 petang waktu tempatan.
“Meraih kegemilangan ini adalah kali pertama berlaku dalam tempoh lima tahun penglibatan sekolah ini bagi menyertai Piala Gothia.
“Berkat sokongan dan usaha gigih dari jurulatih, Mohd Hakimi Ramli, akhirnya kami berjaya meraih kecemerlangan di peringkat dunia,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.
Piala Gothia melibatkan 214 pasukan dengan penyertaan 86 negara.

Pasukan itu membawa pulang piala berserta medal sebagai hadiah kemenangan di tempat ketiga di peringkat dunia.

Comments