JEMPOL - Seorang lelaki tergamak mencuri dan menggadai
barang kemas milik kakaknya untuk melunaskan hutang ah long.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd
Noor berkata, kejadian kira-kira jam 1.11 petang kelmarin itu disedari oleh ibu
mereka selepas lelaki tersebut menunjukkan sejumlah wang yang diikat kepadanya
sebelum memberitahu perkara itu kepada anak perempuannya.
"Mangsa yang curiga mana datangnya wang tersebut
kemudian terus memeriksa barang kemas miliknya yang disimpan dalam laci di
rumah ayahnya dan mendapati ianya sudah tiada.
"Mangsa syaki adik lelakinya telah mengambil barang-
barang tersebut malah turut didapati bukti adiknya telah menggadaikan emas
tersebut di sebuah kedai pajak gadai di Bahau.
"Mangsa kehilangan dua rantai emas dan seutas rantai
tangan emas serta dua cincin," katanya.
Katanya, siasatan polis turut mendapati lelaki berkenaan
pernah beberapa kali mencuri barang kemas milik ibunya, namun tiada laporan
polis dibuat.
“Lelaki berkenaan mengaku telah menggadaikan satu utas
rantai tangan emas dan menyerahkan barang kemas lain kepada ahlong untuk melangsaikan
hutang berjumlah RM10,000," katanya. – Sinar Online

Comments
Post a Comment