HAJAT skuad Tok Gajah meraih tiga mata musnah selepas
sekadar terikat 2-2 berdepan Negeri Sembilan dalam aksi pembuka tirai
Kumpulan A Piala Malaysia 2017 di
Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.
![]() |
| Gambar Ehsan : Football Malaysia |
Skuad kendalian
Dollah Salleh hanya kembali bangkit pada separuh babak kedua perlawanan selepas
ketinggalan 0-1 dalam babak pertama permainan.
Tuan rumah tersentak dengan gol pembukaan perlawanan
menerusi jaringan pemain import Jonathan Henri Desire William sebelum dua minit
babak pertama perlawanan berakhir.
Penyerang kelahiran Brazil Matheus Alves memastikan tuan
rumah tidak ketinggalan dengan dua jaringannya pada m-58 dan m-63.
Namun gol penyamaan pemain lawan Andrew Lee Tuck pada
m-76 meranapkan hajat Pahang meraih kemenangan dalam aksi sulung peringkat
kumpulan itu.
Tamat babak kedua berakhir dengan kedua-dua pasukan
sekadar meraih satu mata dalam perlawanan tersebut.

Comments
Post a Comment